MELAKA 28 OKT: Persediaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah untuk pelajarnya menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula Isnin ini, terjejas selepas bumbung bangunan di sekolah tersebut rosak akibat dibadai ribut petang tadi.